Friday, November 19, 2010

Ruang Dimensi, Fx [Beyond Dimension - siri 2]

Penafian
[BismillahiRahmanirRahmin. Selamat datang kedunia pemikiran yang buntu. Apa yang diperkatakan disini adalah pendapat semata-mata. Hasil dari pengamatan, pengalaman dan sedikit pembacaan. Anggapkan article ini suatu science fiction; ianya tak bermaksud untuk memesongkan akhidah. Pendirian, berilmu dan pemikiran yang terbuka adalah keperluan untuk mengikuti penulisan seterusnya. Wallahualam.]


Ruang Dimensi, Fx

Adalah salah jika dikatakan semua Dimensi (F) ada ruang; Dimensi pertama, F1 tiada ruang, hanya satu sempadan iaitu paksi panjang (l). Dimensi ke2, F2 ada ruang iaitu paksi panjang dan lebar (l x w). Dimensi ke3, F3 ada ruang iaitu paksi panjang, lebar dan kedalaman (l x w x h). Dimensi ke4, F4 ada ruang iaitu paksi panjang, lebar, kedalaman dan paksi-z. Paksi-z itu apa; tidak tergambarkan. Dan begitulah seterusnya;

Dimensi Fx = lwh x z(x-3) ; x<= 7


Bagi memudahkan pemahaman, ‘bayang’ iaitu manifestasi dimensi F2, berpaksi (l x w) adalah arca kepada object dimensi F3. Object 3 dimensi atau dimensi F3 pula adalah ‘arca’ object dimensi F4. Bolehkah bayangkan rupa bentuk 4 dimensi kepada bentuk fizikal pokok yang kita lihat di dalam 3 dimensi? Bagaimana pula rumah bentuk manusia di alam 4 dimensi? Bagaimana kedaan dan kehidupan dimensi F4.

Dzahir manusia terperangkap di alam 3 dimensi. Apakah kehidupan yang ada pada dimensi ke 2 dan dimensi ke-4? Bolehkah kehidupan dimensi F2 melihat/merasai kehidupan dimensi F3, kehidupan dimensi F3 melihat/merasai kehidupan dimensi F4; atau sebaliknya. Kemungkinan mudah bagi dimensi diatas melihat/merasai kehidupan dimensi kebawahnya seperti F3 melihat ‘bayang’ F2, tetapi untuk berhijrah dan merasai dimensi yang lebih tinggi seperti kita di F3 hendak berhijrah ke dimensi F4 memerlukan anugerah kata kunci dan dengan izinNya.

Siapakah atau apakah yang tinggal di dimensi F2 dan dimensi F4?

Tujuh Petala Langit - Dimensi F1~F7

~Oracle~

No comments: