Wednesday, November 17, 2010

Dzahir & Batin [Beyond Dimension - siri 1]

Penafian:
[BismillahiRahmanirRahmin. Selamat datang kedunia pemikiran yang buntu. Apa yang diperkatakan disini adalah pendapat semata-mata. Hasil dari pengamatan, pengalaman dan sedikit pembacaan. Anggapkan article ini suatu science fiction; ianya tak bermaksud untuk memesongkan akhidah. Pendirian, berilmu dan pemikiran yang terbuka adalah keperluan untuk mengikuti penulisan seterusnya. Wallahualam.]

Dzahir & Batin

Manusia dijadikan Allah swt makhluk yang istimewa. Dihadzirkan dengan dua sifat iaitu entity dzahir dan entity batin/roh. Manusia hidup pada zahir dan manusia hidup pada batin dan diberikan akal fikiran. Makhluk binatang lebih simplified, dan tidak berakal. Dzahir manusia dibatasi ruang, masa dan cahaya. Batas ini adalah element Dimensi 3 (F3). Batin dan roh tiada batasan ruang, masa dan cahaya; dengan izinNya roh dan batin dapat mengembara ke Dimensi 4 (F4) atau Dimensi yang lebih tinggi.

Dua rationale atau bukti roh dan batin tidak dibatasi masa;
Pertamanya, ketika bercerita kisah lalu bersama rakan lama, kegembiraan dan kemesraan sama sahaja seperti dahulu, umpama baru sahaja berlaku kelmarin. Kegembiraan erat dan kemesraan adalah manifestasi batin yang tiada batas masa; element dimensi F4. Walaupun dzahir telah tua dimamah usia, dimensi F3.

Keduanya, manifestasi ini dapat kita rasa bila kita tidur. Walaupun kita tidur lama selama 5 jam tapi sebaik sahaja melelapkan mata, terus digerakkan oleh jam pukul 5.30 pagi. Kita tidak merasai 6 jam yang berlalu; terasa kita baharu sahaja meletakkan kepala untuk tidur tadi. Sedar/concious itu adalah element roh tidak ada batas/merasai masa, dengan itu kita tak sedar masa berlalu.

~Oracle~

No comments: