Sunday, November 28, 2010

Parallel World [Beyond Dimension - siri 3]

Penafian

[BismillahiRahmanirRahmin. Selamat datang kedunia pemikiran yang buntu. Apa yang diperkatakan disini adalah pendapat semata-mata. Hasil dari pengamatan, pengalaman dan sedikit pembacaan. Anggapkan article ini suatu science fiction; ianya tak bermaksud untuk memesongkan akhidah. Pendirian, berilmu dan pemikiran yang terbuka adalah keperluan untuk mengikuti penulisan seterusnya. Wallahualam.]


Parallel World


Menarik; selain dari lapisan dimensi F1~F7, kita juga dibayangi dengan dunia parallel. Parallel World ini adalah siri keujudan kita yang berlapis-lapis pada suatu masa sebanyak tujuh lipatan; dalam erti kata tujuh lapis bumi. Inilah kebesaran Allah swt. Kita hadzir serentak dalam 7 dunia yang sama selari. Peristiwa dan pengalaman kita bagi setiap dunia selari adalah sama. Inilah kasih dan peluang yang diberikan Allah swt kepada kita.

Kita akan diangkat dari dunia fana F3 ini bila ketujuh-tujuh dunia ini kita telah ‘tiada’. Bermaksud, katakan kita ditakdirkan tiada, maka tiada kita hanya pada suatu dunia parallel tapi kita merasakan masih ujud kerana kehidupan bersambung pada dunia parallel yang lain. Di dunia parallel tersebut orang terdekat menangisi ketiadaan kita tetapi kita tidak menyedarkannya kerana kita hidup parallel dengan dunia kita yang lain.

Pernah tak kekadang waktu kita merasakan sedikit bila berlaku sesuatu peristiwa subconsious kita merasakan kita seperti telah ‘pergi’ tetapi dzahirnya kita masih ada. Kita tidak sedar kerana keujudan kita adalah pada dunia parallel yang lain dan seterusnya, sehingga ke7 kalinya; dengan kata lain kita ada 7 nyawa. Itulah peluang yang Allah ta’ala berikan kepada kita untuk beribadat kepadaNya dan bertaubat. Selepas yang kehidupan yang ke7 kita akan benar-benar kembali kepadaNya.

Apakah yang ada pada dimensi F5, F6 dan F7? Di manakah Syurga?

Tujuh Petala Bumi - Parallel World

Next discussions;
  • Element Dimensi F4,
  • The Cosmic.

~Oracle~

Friday, November 19, 2010

Ruang Dimensi, Fx [Beyond Dimension - siri 2]

Penafian
[BismillahiRahmanirRahmin. Selamat datang kedunia pemikiran yang buntu. Apa yang diperkatakan disini adalah pendapat semata-mata. Hasil dari pengamatan, pengalaman dan sedikit pembacaan. Anggapkan article ini suatu science fiction; ianya tak bermaksud untuk memesongkan akhidah. Pendirian, berilmu dan pemikiran yang terbuka adalah keperluan untuk mengikuti penulisan seterusnya. Wallahualam.]


Ruang Dimensi, Fx

Adalah salah jika dikatakan semua Dimensi (F) ada ruang; Dimensi pertama, F1 tiada ruang, hanya satu sempadan iaitu paksi panjang (l). Dimensi ke2, F2 ada ruang iaitu paksi panjang dan lebar (l x w). Dimensi ke3, F3 ada ruang iaitu paksi panjang, lebar dan kedalaman (l x w x h). Dimensi ke4, F4 ada ruang iaitu paksi panjang, lebar, kedalaman dan paksi-z. Paksi-z itu apa; tidak tergambarkan. Dan begitulah seterusnya;

Dimensi Fx = lwh x z(x-3) ; x<= 7


Bagi memudahkan pemahaman, ‘bayang’ iaitu manifestasi dimensi F2, berpaksi (l x w) adalah arca kepada object dimensi F3. Object 3 dimensi atau dimensi F3 pula adalah ‘arca’ object dimensi F4. Bolehkah bayangkan rupa bentuk 4 dimensi kepada bentuk fizikal pokok yang kita lihat di dalam 3 dimensi? Bagaimana pula rumah bentuk manusia di alam 4 dimensi? Bagaimana kedaan dan kehidupan dimensi F4.

Dzahir manusia terperangkap di alam 3 dimensi. Apakah kehidupan yang ada pada dimensi ke 2 dan dimensi ke-4? Bolehkah kehidupan dimensi F2 melihat/merasai kehidupan dimensi F3, kehidupan dimensi F3 melihat/merasai kehidupan dimensi F4; atau sebaliknya. Kemungkinan mudah bagi dimensi diatas melihat/merasai kehidupan dimensi kebawahnya seperti F3 melihat ‘bayang’ F2, tetapi untuk berhijrah dan merasai dimensi yang lebih tinggi seperti kita di F3 hendak berhijrah ke dimensi F4 memerlukan anugerah kata kunci dan dengan izinNya.

Siapakah atau apakah yang tinggal di dimensi F2 dan dimensi F4?

Tujuh Petala Langit - Dimensi F1~F7

~Oracle~

Wednesday, November 17, 2010

Dzahir & Batin [Beyond Dimension - siri 1]

Penafian:
[BismillahiRahmanirRahmin. Selamat datang kedunia pemikiran yang buntu. Apa yang diperkatakan disini adalah pendapat semata-mata. Hasil dari pengamatan, pengalaman dan sedikit pembacaan. Anggapkan article ini suatu science fiction; ianya tak bermaksud untuk memesongkan akhidah. Pendirian, berilmu dan pemikiran yang terbuka adalah keperluan untuk mengikuti penulisan seterusnya. Wallahualam.]

Dzahir & Batin

Manusia dijadikan Allah swt makhluk yang istimewa. Dihadzirkan dengan dua sifat iaitu entity dzahir dan entity batin/roh. Manusia hidup pada zahir dan manusia hidup pada batin dan diberikan akal fikiran. Makhluk binatang lebih simplified, dan tidak berakal. Dzahir manusia dibatasi ruang, masa dan cahaya. Batas ini adalah element Dimensi 3 (F3). Batin dan roh tiada batasan ruang, masa dan cahaya; dengan izinNya roh dan batin dapat mengembara ke Dimensi 4 (F4) atau Dimensi yang lebih tinggi.

Dua rationale atau bukti roh dan batin tidak dibatasi masa;
Pertamanya, ketika bercerita kisah lalu bersama rakan lama, kegembiraan dan kemesraan sama sahaja seperti dahulu, umpama baru sahaja berlaku kelmarin. Kegembiraan erat dan kemesraan adalah manifestasi batin yang tiada batas masa; element dimensi F4. Walaupun dzahir telah tua dimamah usia, dimensi F3.

Keduanya, manifestasi ini dapat kita rasa bila kita tidur. Walaupun kita tidur lama selama 5 jam tapi sebaik sahaja melelapkan mata, terus digerakkan oleh jam pukul 5.30 pagi. Kita tidak merasai 6 jam yang berlalu; terasa kita baharu sahaja meletakkan kepala untuk tidur tadi. Sedar/concious itu adalah element roh tidak ada batas/merasai masa, dengan itu kita tak sedar masa berlalu.

~Oracle~

Penafian

BismillahiRahmanirRahmin.

Selamat datang kedunia pemikiran yang buntu. Apa yang diperkatakan disini adalah pendapat semata-mata. Hasil dari pengamatan, pengalaman dan sedikit pembacaan. Anggapkan article ini suatu science fiction; ianya tidak bermaksud untuk memesongkan akhidah. Pendirian, berilmu dan pemikiran yang terbuka adalah keperluan untuk mengikuti penulisan seterusnya.

Wallahualam.

~Oracle~


Salam Eidul Adha

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. Didoakan para jemaah dan saudara terdekat dapat menyempurnakan haji.. malah mendapat ganjaran haji mabruk.. amin..